Khamis, 10 Mei 2012

- I AM Winner -

Pada 28 April 2012, bertempat di Tasek Merdeka, Johor Bahru, Kelab Nikon (M'sia) telah mengadakan satu pertandingan Model Photoshoot khas utk pengguna Nikon yang berdaftar sempena outing 'Get2Gether2' . Kira-kira seramai 100++ peserta menyertai outing ini.

Alhamdulillah, salah satu foto yang saya ambil berjaya ke peringkat seterusnya dan akhirnya dipilih antara 3 yang terbaik - rezeki utk Isteri saya sempena Hari Ibu utk 2012.



Ketiga-tiga pemenang akan mendapat satu model kamera digital kompak Nikon P7000; syukur alhamdulillah. Lepas ni, x perlu la selalu sgt nak bawak kamera besar berjalan2, cukuplah sekadar kamera kompak ini shj memandangkan kualiti gambarnya cukup baik.

Saya bukanlah mahu berbangga sangat dengan kejayaan ini, cuma sekadar berkongsi kerana inilah pertama kali saya mendapat hadiah berbentuk kamera dari pertandingan fotografi yang saya sertai. Walaupun, dari segi nilai ianya tidak semahal mana, tapi saya tetap bersyukur kerana impian isteri saya untuk memiliki kamera yg boleh dimasukkan dalam beg tangan dapat dimiliki.

Lepas ni juga, bolehlah ber-ekperimen dgn kamera ni pula, utk melihat sejauh mana kemampuannya. Akhir kata, terima kasih buat Nikon Malaysia & NikonClub Johor - The Art of Seeing -

[ Adzrin b. Taib ]

Tiada ulasan: