Ahad, 18 Ogos 2013

Majlis Pernikahan Saeen & Mas

Majlis Akad Nikah ini dijalankan pada hari Sabtu - 17 Ogos 2013 lepas di Kg.Melayu Majidee, J.B. Pernikahan ini unik sedikit kerana pengantin lelaki adalah warganegara Oman, manakala pengantin perempuannya orang Johor.

Majlis yang agak simple, xde majlis sanding, renjis2 dan outdoor sebagaimana biasa.. Hanya majlis Akad Nikah dan Makan Damai pada sebelah petang shj.

Pengantin lelakinya, lebih mesra di panggi Saeen, nama sebenarnya Muhammad Sarwar s/o Muhammad Ibrahim, pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia seminggu yang lalu. Pengantin perempuannya, lebih mesra di panggil MakLong dikalangan anak2 buahnya, tetapi sy lebih selesa memanggilnya Kak Mas, merupakan seorg pharmacist di sebuah farmasi di Tmn Gaya. Lepas ni, bleyla sy membeli ubat2 di farmasi tu di masa akan datang.. 

Sedikit gambar di majlis pernikahan mereka, gambar2 grup bersama sahabat dan keluarga akan di update nanti...

zaman moden ni, amek gambar mykad saksi pakai henpon aje, x perlu dah nk photostat

Kak ros menanti dalam debar sebelum majlis akad bermula

moment capture dari saudara-mara

Kadi sedang meneliti borang nikah sebelum majlis akad nikah

Serahan wakil dari Wali kpd Kadi utk upacara Akad Nikah

suspens...

Menadah tangan, memohon Doa dari-Nya agar majlis berjalan lancar

moment capture dari saudara-mara, foto & video.. 

Meng-aminkan doa kesyukuran selepas upacara majlis akad nikah berjalan lancar...

upacara membatalkan wuduk

Pose Istimewa utk hari Bersejarah



Tiada ulasan: