Rabu, 16 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012

Terima kasih kepada ke bawah duli Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sudi mencemar duli ke Kempas Baru kawasan lurah sempena Kembara Mahkota Johor edisi 2012. Baginda Sultan serta rombongan-nya tiba hampir detik 12 tengah hari dan disambut penduduk sekitar dengan penuh meriah.

Baginda di bawa mengunjung beberapa gerai-gerai pameran sebelum mengunjungi Klinik Desa Kempas untuk beramah mesra dengan Jururawat di sana. Selepas itu, baginda berkenan untuk bersalaman dengan penerima bantuan yang berupa wang tunai serta basikal dari MAIJ seterusnya bergambar dengan mereka.

Selepas itu, baginda ke tempat untuk bersantap tengah hari bersama YB/VVIP yang turut serta, antaranya  Dato Jazlan b. Mohamed Rahmat. Berikut merupakan sedikit foto KMJ 2012 di Kempas Baru.


































( Kesemua foto-foto di atas adalah HAKMILIK MUTLAK pemilik blog ini. Sebarang cubaan menggunakan semula semua foto-foto di atas TANPA KEBENARAN adalah dilarang sama sekali, sungguhpun ketiadaan watermark/tandanama disetiap foto. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan kesalahan, Terima kasih )

- Adzrin Taib -

Jumaat, 11 Mei 2012

Model Shoot Nikon Get2Together, Tasek Merdeka Johor Bahru.



























All images are copywright to AdzrinTaib Photography

- MonoChrome -

Test out some online free Lightroom preset and then adjust it to what i want. Overall the result are amazing, simple step compared to photoshop (but ofcouse more freedom).. Some are totally LR, some i add a light leak texture to give something different..

All shots are using nikkor 50mm f/1.8 open at f/2.. 1/50s.. Nikon D80.. jpeg..








- adzrin taib -

Khamis, 10 Mei 2012

- I AM Winner -

Pada 28 April 2012, bertempat di Tasek Merdeka, Johor Bahru, Kelab Nikon (M'sia) telah mengadakan satu pertandingan Model Photoshoot khas utk pengguna Nikon yang berdaftar sempena outing 'Get2Gether2' . Kira-kira seramai 100++ peserta menyertai outing ini.

Alhamdulillah, salah satu foto yang saya ambil berjaya ke peringkat seterusnya dan akhirnya dipilih antara 3 yang terbaik - rezeki utk Isteri saya sempena Hari Ibu utk 2012.



Ketiga-tiga pemenang akan mendapat satu model kamera digital kompak Nikon P7000; syukur alhamdulillah. Lepas ni, x perlu la selalu sgt nak bawak kamera besar berjalan2, cukuplah sekadar kamera kompak ini shj memandangkan kualiti gambarnya cukup baik.

Saya bukanlah mahu berbangga sangat dengan kejayaan ini, cuma sekadar berkongsi kerana inilah pertama kali saya mendapat hadiah berbentuk kamera dari pertandingan fotografi yang saya sertai. Walaupun, dari segi nilai ianya tidak semahal mana, tapi saya tetap bersyukur kerana impian isteri saya untuk memiliki kamera yg boleh dimasukkan dalam beg tangan dapat dimiliki.

Lepas ni juga, bolehlah ber-ekperimen dgn kamera ni pula, utk melihat sejauh mana kemampuannya. Akhir kata, terima kasih buat Nikon Malaysia & NikonClub Johor - The Art of Seeing -

[ Adzrin b. Taib ]